Tuesday, March 1, 2011

Pergilah kekasih

Kulewati pantai ini kekasih
Seperti sebelumnya diri seakan tersisih
Di pantai indah inilah kenangan masih tersisip
Naluri meronta lalu tercuit
Bak ombak menghempas ke persisir 
Pantai dilambung gelora membadai
Dengan rakus angin menyingkir
Sapaan bayu lembut berdesir
Pepohonan meliuk melambailambai
Guruh berdentum juga petir
Kebasahan kuditimpa hujan melanda
Derita di kala dini hari takkan terungkai
Disaat bahagia kauberi kutuba
Lalu kubawa diri merawat nestapa
Di hujung lorongkan tercipta suatu sirna ceria
Sekujur tubuhkau kuusir
Hati kian tipis
Jiwa nan terhakis
Hanya menanti kata-kata bakalan terucap meniti di bibir

Monday, February 28, 2011

Pesanan Buat Kekasih

Sedetik terlakar di benak akal
Sesaat pun takkan tertanggal
Tersisip di peta minda walau hanya sejengkal
Seumpama akar
Yang menjalar
Begitulah aku kau dustai dalam samar
Justeru memalam di ruang kamar
Menguak perlahan di dedaun jendela terdampar
Angin menerbos menampar
Ke lubuk hatiku yang gusar
Patah sayap terus mengelepar
Ke lubuk puaka nan usang aku terlempar
Secebis kasih buatku rupanya tersasar






Mentari Senja Berwajah Jingga

Di persisiran pantai ini
Di kala mentari condongkan diri
Manakala angin menujahi
Lalu menampar seraut wajah berahi
Pertama sekali
Waktu semakin menjauhi
Begitu juga gadis itu berdiri
Menghela nafas seperti
Mengenang sebuah memori
Paling indah tercipta di sudut hati
Yang telah lama mati
Pernah berdarah merasai
Betapa derita berkali kali
Mengundang nestapa telah didustai
Lalu membawa langkah kaki
Melihat panorama indah ciptaan ILAHI
Ketika leka mata memerhati
Di kala itu mentari

Berwajah jingga menyuluhi
Walau agak suram tetap menanti
Namun tetap menawan setangkai hati
Moga lestari

Wednesday, February 23, 2011

Hak itu bukan milik kita

Jauh dia merenungi
pada seluas tanah yang terbentang
saujana mata memandangi
kehijauan hutan kecil di ruangan mata
melayan sejenaknya lamunan
yang tak pernah terpadam
pasang surutnya perasaan
mengundangi kelemahan pada diri
tanah ini tanah pusaka keluarga
jagailah ia seumpama nyawa
bajailah ia dengan benih-benih paling mahal
di muka bumi ini dan siramilah ia
seperti mana kau menjaga hartamu
angin menampar ke wajahku
seluas kebun telah terkubur
bersama tuan milik tanah tersohor
harapan pun musnah tersungkur
bersama niat tak pernah luntur
cita-cita tetap juga jujur
di tangan tergenggam sebatang cangkul

kuhayun-hayun lalu

Sunday, November 28, 2010

Lewat semalam

Angin mendesah kencang
meliuk lentuk pepohonan rendang
kukedinginan dipaut resah memanjang
betapalah memalam terbit memori dikenang
ingin kudakap erat kausayang
Lewat malam semalam seperti terawang-awang
perasaan indah seakan melayang
kerna semalam hati kian mekar berkembang

15.27
30.11.10

Wednesday, November 3, 2010

Selamat tinggal kekasih

Kekasih
Pertamakali perjumpaan
Kuhulur kusambut perkenalan
Kucium kuberi kucupan
Yang tulus dan luhur kuhulurkan
Buatkau, kekasihku harapkan
Semoga selamanya perhubungan
Biar mekar dan segarkan terjalin aman
Badai yang datang tidak terdugakan
Berulangkali kau persiakan harapan
Tercela sungguh perasaan
Aku hanyalah insan
Punya jiwa sering berantakkan
Biarku layangkan
Berkelana membawa derita tanpa haluan
Tanpa berpalingku buat keputusan
Selamat tinggal kekasih yangku cintakan

11.45
03.11.10

Angan hanya tinggal kenangan

Suatu waktu dahulu
Kulihat langit berserta sapaan bayu
Terlihat awan nan biru
Tertancap di ruang mataku
Terus tersemat di mindaku
Suatu hati nanti
Akanku gapai
Bintang di langit tinggi
Akanku petik buat bekalkan diri
Agar tabah mengharungi
Akanku hayun pena biarkan menari
Di atas kertas putihku coretkan luahan hati
Namun,hanyalah anganan yang tak pasti
Tinggallah semua memori
Cita cita yang terjunjung serta akur janji
Terlerai juga kerana tercalarnya hati
Kurebahkan segala aksi
Yang merundum hilangnya semangat jati

10.45
3.11.10