Sunday, November 28, 2010

Lewat semalam

Angin mendesah kencang
meliuk lentuk pepohonan rendang
kukedinginan dipaut resah memanjang
betapalah memalam terbit memori dikenang
ingin kudakap erat kausayang
Lewat malam semalam seperti terawang-awang
perasaan indah seakan melayang
kerna semalam hati kian mekar berkembang

15.27
30.11.10

Wednesday, November 3, 2010

Selamat tinggal kekasih

Kekasih
Pertamakali perjumpaan
Kuhulur kusambut perkenalan
Kucium kuberi kucupan
Yang tulus dan luhur kuhulurkan
Buatkau, kekasihku harapkan
Semoga selamanya perhubungan
Biar mekar dan segarkan terjalin aman
Badai yang datang tidak terdugakan
Berulangkali kau persiakan harapan
Tercela sungguh perasaan
Aku hanyalah insan
Punya jiwa sering berantakkan
Biarku layangkan
Berkelana membawa derita tanpa haluan
Tanpa berpalingku buat keputusan
Selamat tinggal kekasih yangku cintakan

11.45
03.11.10

Angan hanya tinggal kenangan

Suatu waktu dahulu
Kulihat langit berserta sapaan bayu
Terlihat awan nan biru
Tertancap di ruang mataku
Terus tersemat di mindaku
Suatu hati nanti
Akanku gapai
Bintang di langit tinggi
Akanku petik buat bekalkan diri
Agar tabah mengharungi
Akanku hayun pena biarkan menari
Di atas kertas putihku coretkan luahan hati
Namun,hanyalah anganan yang tak pasti
Tinggallah semua memori
Cita cita yang terjunjung serta akur janji
Terlerai juga kerana tercalarnya hati
Kurebahkan segala aksi
Yang merundum hilangnya semangat jati

10.45
3.11.10

Kaulah permata hati

Kau laksana bulan
Yang tinggal di atas kayangan
Yang tinggi menjulang ke awan
Alangkah indahnya angan
Walau hanya cebisan
Kaulah permata pujaan
Si jantung hati yang menawan
Kasih sayang yangku dambakan
Cintaku hulur kau mainkan
Kini hanya tinggal kenangan

10.25
3.11.10

Andainya aku nanti begitu.

Hari minggu, sewaktu makan dengan anak yang bongsu serta suami.Maklum, sarapan pagi cuma seminggu sekali di luar.Selebihnya masaklah.Apalagi, tengah sedap menyuap roti canai.Lalulah bangsa cina sekeluarga.Lamaku perhatikan.Si anak memimpin tangan si ayah.Kalau diperhatikan si ayah amat payah sekali mahu melangkahkah kaki.Mungkin masalah lutut ataupun sememangnya sakit kaki.Perlahan-lahan si anak mengikut rentak si ayah.Dengan sebelah tangan memegang tongkat.
Bila melihat jam, dalam 5 minit juga mereka sampai ke meja yang tersedia di restoran tersebut.Si menantu telah lama sampai.Disuakan kerusi untuk ayah mertuanya.Cucu-cucu seramai 2 orang sibuk mengambil tongkat datuk tersayang.Setelah itu, pelayan datang mengambil pesanan.
Saya beralih pandang ke sisi.Mata bertatapan dengan si bongsu.Kami berbalas senyuman.Rupanya dia juga turut memerhatikan keluarga tersebut.Namun, tiada kata-kata yang terlahir dari kami.Kami menyambung suapan yang rotinya hampir sejuk.Setelah habis makan, saya mengambil ubat lalu menelan.Kerana itu adalah rutin harian.
Masih lagi di dalam restoran.Suami membaca surat khabar.Saya alih lagi pandangan kepada keluarga cina tadi.Terlihat anaknya menyuapkan roti canai ke mulut ayah tersayang.Aduh, syahdu pula, pada pagi ini.Lamaku renung,sehingga selesai anak itu menyuapkan lalu menyudukan air ke bibir tua itu.Yang menantu, bukakan satu persatu ubat-ubatan untuk ayah mertua.
Sebak seketika.Seandainya saya nanti begitu.Adakah anak-anak juga seperti anak cina tersebut.?
Dalam kereta, "mak..sedihlah adik tengok cina dengan ayah dia tu"
Tanpa menoleh, "kenapa pula?"
"Yelah, anak dia tak malu, kan?"
"Apa nak malu, itukan ayah dia."
Saya mendengar adik mengeluh. "Mak jangan risau,adik buat macam tu nanti."
Saya terdiam,"Tuhan, kau kabulkanlah permintaan anak aku itu."berdoa dalam hati.
Rupanya adik mengambil ikhtibar dari keluarga cina tersebut.Suami hanya diam.Selalu begitulah, andai kami berbual dia jarang menyampuk.Cuma suka mendengar.Dalam perjalanan mengambil kakak anak nombor dua.Kami terdiam dan melayan perasaan masing-masing.Kerana peristiwa itu masih basah di minda.

Jujur yangku pinta

Renungkan kembali
Detik detik permulaan yang terjadi
Usahkau benamkan memori
Segarkan dalam hati
Tanamkan jati diri
Jujurlah dalam perhubungan ini
Yang titik tiada ternoktah pasti
Sentiasa mekar dan bersemi
Kasih sayang yangku hajati
Luhurkan di sanubari
Yangku pinta secebis kejujuran yang abadi
  7.45
  3.11.10
  

Teman sejati

Tiada yang seindah bahasa
Walau sebutir manisnya bicara
Tiada indahnya sekalung budi bertabur merata
Walau secebis pengorbanan yang dipersia
Indah wajah biarlah baik budi pekerti
Lemparkan segala perbuatan berbaur hasad dengki
Iringi persahabatan dalam pergaulan yang pasti
Jabatkan salam silatulrahimi
Biar sepanjang hayat mengakhiri
kekalkan naluri
Titik pertemuan ini
Dengan restu dari Ilahi

Serasa kau dekat. Namun, sedikit menjarak.

Sifat kau bukan romantis.Sifat kau memang keras.Sifat kau memang begitulah.Tapi aku, amat mengharapkan lebih dari itu.Lebih, segala-gala biarlah untuk aku.Kau tidak berikan itu.Yang kau tahu, aku adalah kadam segala urusan keperibadian telah tersedia rapi.Telah tersedia terhidang.Segalanya perlu sempurna, di mata kau.Aku korbankan seluruh hidupku hanya untuk kau.Hanya sia-sia, sering tidak mendapat perhatian darinya.Aku terlantar sepi.Umpama dibuang sayang.Ibarat kain buruk, bersidai menyakitkan mata.Hilang seri gundahlah hati.
Puasku berkelana, jauh di rimba.Meratapi, malangnya nasib diri.Merenung pada diri.Apakah dosa yang terdahulu yang terlepas pandang.Ya, Allah.Teguhkan jati diri ini.Pohonku dalam hati.
Kasih yang dulu bersemi.Kini, hanya dipenuhi dengan sangsi.Akal tidak lagi berfungsi.Sayang hilang di pintu hati.Cinta dulu yang konon dibawa ke mati.Hanyalah sekadar terlafaz janji-janji.Tiada hitam putihnya, sekadar lembut lidah dari bibir insani.Tinggallah sendiri diolek mimpi.Haruskah aku bawa diri.Dari sisi.

Dasar mendabik dada setinggi langit.

Kawan baik 1.
Kerana terlalu percayakan.Maruah diri telah terjual.Kerana nama telah terjunjung lama di persada.Maka, mula mendadik dada.Terbanglah setinggi yang boleh.Kelak andai terpatah sayap.Tersemban jua ke bumi.Barulah terlihat semut-semut menghurung.Barulah terlihat rumput yang menyambut dan melapik tubuh tadi.
Kerana perasaan kasih serta sekelumit sayang sebagai teman.Maka, segalanya telah terucap dengan kemaafan.Segalanya.Tiada satupun yang tertinggal.Redha dengan apa yang terjadi.Moga kau terus terbang gagah di angkasa.Aku terus perhatikan di kejauhan.Andaikau terkenangkan walau sedikit.Kembalilah semula.Aku sambut dengan senyuman mesra.Sekali-kali, lihatlah aku di bawah yang sedang merenung.
Hanya kau yang aku percaya.Namun, sedikit tergores.

Kawan baik 2.
Pertamakali terlihat seorang yang jujur di pentas dunia ini.Sepenuh kepujianku lontarkan.Namun, harap hanya tinggal harapan.Mana ada yang betul-betul jujur dalam dunia ini, kata seorang kawan.Tetapi pada aku, dia terlalu jujur.Mana ada yang suka melihat teman kepada temannya berjaya, cemuh kawan lagi.Lalu penat berfikir, mungkin aku baru lagi di dalam dunia seni.Mana yang baik, mana yang tidak.Manalah aku tahu.Direnung kembali, banyak betulnya.Masih berfikir tidak habis.
Kini, tahulah.Dan sekali lagi tidak akan membiarkan diri terus dipermainkan.Hati telah kering.Segala pujian, segala yang baik hanyalah datang dari Allah jua.Aku terleka sebentar Ya, Allah.Ampunkan aku.
Segala semangat yang semakin menipis.Terus merundum jatuh.Hentikan untuk mengapai bulan dan bintang di langit.Cita-cita yang seindah pelangi hilang ketika munculnya mentari.Mungkin hanya ini yang ditentukan.Siapa kita mahu menduga.Cukuplah sekadar anganan yang kosong.
Kepada kawan, terima kasih disepanjang perkenalan ini.Segala-segalanya ku telan walaupun sepahit hempedu.Kenangan mengusik jiwa.Sentiasa segar.Kukunci pintu hati rapat-rapat.