Wednesday, November 3, 2010

Andainya aku nanti begitu.

Hari minggu, sewaktu makan dengan anak yang bongsu serta suami.Maklum, sarapan pagi cuma seminggu sekali di luar.Selebihnya masaklah.Apalagi, tengah sedap menyuap roti canai.Lalulah bangsa cina sekeluarga.Lamaku perhatikan.Si anak memimpin tangan si ayah.Kalau diperhatikan si ayah amat payah sekali mahu melangkahkah kaki.Mungkin masalah lutut ataupun sememangnya sakit kaki.Perlahan-lahan si anak mengikut rentak si ayah.Dengan sebelah tangan memegang tongkat.
Bila melihat jam, dalam 5 minit juga mereka sampai ke meja yang tersedia di restoran tersebut.Si menantu telah lama sampai.Disuakan kerusi untuk ayah mertuanya.Cucu-cucu seramai 2 orang sibuk mengambil tongkat datuk tersayang.Setelah itu, pelayan datang mengambil pesanan.
Saya beralih pandang ke sisi.Mata bertatapan dengan si bongsu.Kami berbalas senyuman.Rupanya dia juga turut memerhatikan keluarga tersebut.Namun, tiada kata-kata yang terlahir dari kami.Kami menyambung suapan yang rotinya hampir sejuk.Setelah habis makan, saya mengambil ubat lalu menelan.Kerana itu adalah rutin harian.
Masih lagi di dalam restoran.Suami membaca surat khabar.Saya alih lagi pandangan kepada keluarga cina tadi.Terlihat anaknya menyuapkan roti canai ke mulut ayah tersayang.Aduh, syahdu pula, pada pagi ini.Lamaku renung,sehingga selesai anak itu menyuapkan lalu menyudukan air ke bibir tua itu.Yang menantu, bukakan satu persatu ubat-ubatan untuk ayah mertua.
Sebak seketika.Seandainya saya nanti begitu.Adakah anak-anak juga seperti anak cina tersebut.?
Dalam kereta, "mak..sedihlah adik tengok cina dengan ayah dia tu"
Tanpa menoleh, "kenapa pula?"
"Yelah, anak dia tak malu, kan?"
"Apa nak malu, itukan ayah dia."
Saya mendengar adik mengeluh. "Mak jangan risau,adik buat macam tu nanti."
Saya terdiam,"Tuhan, kau kabulkanlah permintaan anak aku itu."berdoa dalam hati.
Rupanya adik mengambil ikhtibar dari keluarga cina tersebut.Suami hanya diam.Selalu begitulah, andai kami berbual dia jarang menyampuk.Cuma suka mendengar.Dalam perjalanan mengambil kakak anak nombor dua.Kami terdiam dan melayan perasaan masing-masing.Kerana peristiwa itu masih basah di minda.

No comments:

Post a Comment