Wednesday, November 3, 2010

Dasar mendabik dada setinggi langit.

Kawan baik 1.
Kerana terlalu percayakan.Maruah diri telah terjual.Kerana nama telah terjunjung lama di persada.Maka, mula mendadik dada.Terbanglah setinggi yang boleh.Kelak andai terpatah sayap.Tersemban jua ke bumi.Barulah terlihat semut-semut menghurung.Barulah terlihat rumput yang menyambut dan melapik tubuh tadi.
Kerana perasaan kasih serta sekelumit sayang sebagai teman.Maka, segalanya telah terucap dengan kemaafan.Segalanya.Tiada satupun yang tertinggal.Redha dengan apa yang terjadi.Moga kau terus terbang gagah di angkasa.Aku terus perhatikan di kejauhan.Andaikau terkenangkan walau sedikit.Kembalilah semula.Aku sambut dengan senyuman mesra.Sekali-kali, lihatlah aku di bawah yang sedang merenung.
Hanya kau yang aku percaya.Namun, sedikit tergores.

Kawan baik 2.
Pertamakali terlihat seorang yang jujur di pentas dunia ini.Sepenuh kepujianku lontarkan.Namun, harap hanya tinggal harapan.Mana ada yang betul-betul jujur dalam dunia ini, kata seorang kawan.Tetapi pada aku, dia terlalu jujur.Mana ada yang suka melihat teman kepada temannya berjaya, cemuh kawan lagi.Lalu penat berfikir, mungkin aku baru lagi di dalam dunia seni.Mana yang baik, mana yang tidak.Manalah aku tahu.Direnung kembali, banyak betulnya.Masih berfikir tidak habis.
Kini, tahulah.Dan sekali lagi tidak akan membiarkan diri terus dipermainkan.Hati telah kering.Segala pujian, segala yang baik hanyalah datang dari Allah jua.Aku terleka sebentar Ya, Allah.Ampunkan aku.
Segala semangat yang semakin menipis.Terus merundum jatuh.Hentikan untuk mengapai bulan dan bintang di langit.Cita-cita yang seindah pelangi hilang ketika munculnya mentari.Mungkin hanya ini yang ditentukan.Siapa kita mahu menduga.Cukuplah sekadar anganan yang kosong.
Kepada kawan, terima kasih disepanjang perkenalan ini.Segala-segalanya ku telan walaupun sepahit hempedu.Kenangan mengusik jiwa.Sentiasa segar.Kukunci pintu hati rapat-rapat.

No comments:

Post a Comment